Brede Hangeland
Brede Hangeland

Brede Hangeland

Brede Paulsen Hangeland (lahir 20 Jun 1981) ialah pemain bola sepak profesional Norway yang bermain sebagai pertahanan untuk kelab Inggeris, Crystal Palace.Dia memulakan kariernya bersama Viking dimana dia memenangi Piala Norway pada tahun 2001. Pada tahun 2006, dia berpindah ke F.C. Copenhagen dan memenangi dua kejuaraan Danish Superliga di kelab itu. Dari tahun 2008 sehingga 2014, dia bermain untuk Fulham, membantu kelab itu mara ke perlawanan akhir Piala UEFA 2010 tetapi dilepaskan pada tahun 2014 selepas kelab itu tersingkir liga dan dia kemudiannya menyertai Crystal Palace.Hangeland bermain untuk pasukan kebangsaan Norway diantara tahun 2002 sehingga 2014. Dia merupakan kapten pasukan bermula tahun 2008 sehingga dia meletak jawatan. secara keseluruhan dia bermain 91 perlawanan dan menjaringkan 4 gol.